Hi everybody! This is my personal blog which selling beautiful scarves, clothes, kurung collection, kebayas, shoes and other collection. Browse around my collection until you find the right one for you. Besides selling product am also sharing news and everything with you so that you will be enjoyed and happy visiting my blog.

Thank you very much and God bless!

Enjoy shopping and happy browsing my dear!

introduction

Informative media brought to you by...CLICK HERE 1st before you move on

TURN TO YOUR OWN LANGUAGE

Sunday, November 18, 2012

Dia bukan milikku


Betapa ku cinta padamu katakanlah kau cinta padaku...andai ku curah rasa hati mungkin kini ku kan tenang di sampingmu....

Itulah diantara bait-bait lagu Dato Siti Nurhaliza yang sungguh popular suatu ketika dulu. Sungguh mencengkam jiwa kan liriknya itu?

Memang, kadangkala terfikir jika sudah jatuh cinta mengapa tidak diluahkan saja. Daripada dia pergi begitu saja atau menjadi milik yang lain, ada baiknya jatuh hati dan terus berterus terang. Namun tidak ramai gadis yang berani bertindak sedemikian kerana masih ada yang kurang keyakinan pada diri. Walaupun pada zaman cyber yang serba canggih ini, masih ada si gadis yang bersikap malu-malu kucing. Tambahan pula siapa yang mahu menerima gelaran perigi mencari timba. Malulah beb! Tapi kalau pikir-pikir  apa mahu malu? Kita tak buat salah pun kan... Tak salah kalau cinta yang kita luahkan datang dari hati yang suci. 

Alkisahnya...
Rupa-rupanya jejaka itu telah pun berpunya...mengapa aku atau  kita mesti tahu tentang kisah cinta si dia? Supaya kita tidak terjerat terlalu lama dengan perasaan jiwang karat kita pada si dia. Jika benar dia telah berpunya tolonglah buang jauh-jauh perasaan sayang kita itu. Jangan mengharap pada yang tak sudi. Jangan jadi perampas kerana kita pasti takutkan karma. Biarkan dia bahagia...selidik betul-betul latar belakang dia... nah kan betul juga idea aku pada entri yang lalu. Kita seharusnya tahu siapa dia yang sebenarnya. Jangan terburu-buru jatuh cinta kerana ia bisa memakan diri.

Pernah suatu ketika dulu seorang gadis bertindak membunuh diri kerana cintanya tak berbalas. Ini yang paling bahaya! Takkan kerana cinta kita lupakan pegangan agama kita. Bersabar lah dik...Tuhan itu Maha Pemurah pasti dia telah ciptakan sesuatu yang indah-indah buat kita. Betul tak? Pasti ada cinta yang datang lebih baik, cantik, hensem dan molek untuk kita. Jangan sedih-sedih...

Jika benar dia telah berpunya doakan saja kebahagiaan dia. Berdendam kerana tidak memiliki cinta darinya bukanlah sesuatu sikap yang baik. Tuhan pun tak suka. Percayalah pada jodoh. Kenangi dia dalam doa kita. Ingatkan wajahnya bila kita kesunyian, biarkan bayang dirinya sahaja peneman sepi kita. Belajarlah menerima hakikat cinta. Begitulah kehidupan! Mungkin jua ada yang tersirat mengapa dia bukan milik kita jua kau bukan milikku...?

Jom hiburkan hati anda di sini

Episod 2-Jatuh Cinta oleh Seri Jelita 

No comments:

THE BEST ARTICLES YOU MUST READ

Most read news