Bagi penggemar filem bollywood pantang ada jejaka seiras aktor kesayangan mereka, sudah pasti akan ada yang jatuh cinta. Bila bab artis k-pop pantang ada jejaka cun chinese look sikit, berbadan cukup tinggi, putih dan stylish pasti ada si dara yang merindu. Erm ini cerita tentang jatuh cinta, tapi jatuh cinta tak semestinya orang itu mesti tahu apa yang terbuku di hati. Cukuplah biar aku saja yang tahu. Mana mungkin gagak di rimba akan dipuja, mustahil juga purnama rindukan pungguk? Lainlah Dato Siti yang superb, cantik, kaya dan ternama tu.. tentulah purnama rindukan pungguk yang cantik seperti dia. Lalu kisah cinta sempurna itu ibarat lagu Purnama Merindu...
Dia sememangnya boleh membuatkan wanita seperti aku cair. Pandangan dia, cara dia bercakap...cool man! Ia bisa merobek hatiku. Tambahan pula jejaka ini persis sekali aktor bollywood, memang cair beb! Aduyai... itu lah sebabya tidur malam tak lena, tidur juga tak basah...memang mandi tak lena. Huhu. Inikah ertinya jatuh cinta?
Sapa tak cair kalau jejaka tu seperti actor ini:
Erm bagaimana ya nak lupakan seseorang yang kita pernah jatuh cinta? Tentu sukar tapi dalam masa yang sama jangan layan sangat perasaan tu, entah-entah dia tak pandang pun kita. Kalau pandang pun dari sudut yang berbeza. Kalau setakat perempuan seperti aku sapa nak pandang, apa yang ada pada aku. Am nothing compare to him!!! Oleh itu aku pikir jangan berlagak terlalu murah, buat dun know je itu tip aku yang pertama untuk Tip Lupakan Si Dia Jika Jatuh Cinta:
2. Fikir balik apa sebabnya aku jatuh cinta, mengapa kita asyik tergila-gilakan dia? Adakah kerana paras rupa si dia? Ada apa pada rupa? Bila tua ia akan berubah, rupa paras yang cantik dan hensem bak aktor bollywood itu ia tidak akan kekal. Jadi kalau jatuh cinta kerana paras rupa baik lupakan saja.
3. Fikirkan juga apa faedahnya kita jatuh cinta? Siang malam terbayang-bayangkan dia, mandi pun tak basah itu kan dah buang masa namanya. Sedangkan dia tidak tahu pun yang kita setengah mati menyukainya. Aduyai...bertepuk sebelah tangan katakan, aduh malu aku malu! Sekalipun dia tahu, adakah cinta akan berbalas atau tinggal kita sendiri merana merindu tak sudah-sudah. Kalaupun dia tahu, kalau kita bukan taste dia, silap-silap haribulan dia bercerita sana sini kita sukakan dia, malu lagi beb! Baik tak payah.. ini akan meningkatkan lagi trafik ego dia. Saham dia pun kononnya melambung tinggi. Ah tak kuasa gua!
4. Buat-buat happy and nothing happen depan dia. Jangan biarkan dia tahu kita sedang jatuh cinta melarat. Bukan apa takut cinta tak berbalas or over gedik di sangkanya kita. Malulah dik... Lainlah kalau muka cun bak Neelofa, tak payah petik nun berduyun-duyun jejaka ala-ala bollywood, ala k-pop datang menagih cinta!
5. Selidik latar belakang dia. Oh jangan-jangan pula si dia sudah berpunya lagi parah beban jantung hati merana! Adakah kita mampu menyaingi si buah hati dia? Aduh kalau dia sudah ada yang punya baik lupakan saja. Selamat tinggal cinta...
6. Elakkan diri dari selalu ketemu dengannya, dalam erti kata lain jauhkan diri dari si dia. Lama-kelamaan tu pandailah perasaan jiwang kita kat dia tu hilang. Buat macam dia tak wujud pun dalam diari hidup kita. Memang susah nama pun jatuh cinta but just try!
7. Berterus terang saja! Aduh kalau aku pasti mengigil pada tip yang satu ini. Be honest? OMG...oh no! Aku takut cinta di hati kecundang lagi. Tapi gadis-gadis di luar sana yang cool apa salahnya tak berdosa pun... Perigi cari timba pun cari timba lah... janji bahagia kan kan.. Daripada dia terlepas ke tangan orang lain, baik berterus terang saja!
Semoga kalian semua happy dengan entri Siri Kisah Cinta aku ni. Moga kita bertemu di siri yang lain. Mungkin akan ada tip-tips yang menarik untuk di kongsi bersama. Jatuh cinta lagi, lagi-lagi ku jatuh cinta cewah!
Oh ya jangan lupa berhibur di sini memang kena dengan tajuk entri aku ni!
Episod 1-Jatuh Cinta
Idea sepenuhnya oleh Seri Jelita di yolaboutique.blogspot.com
.
No comments:
Post a Comment