Hi everybody! This is my personal blog which selling beautiful scarves, clothes, kurung collection, kebayas, shoes and other collection. Browse around my collection until you find the right one for you. Besides selling product am also sharing news and everything with you so that you will be enjoyed and happy visiting my blog.

Thank you very much and God bless!

Enjoy shopping and happy browsing my dear!

introduction

Informative media brought to you by...CLICK HERE 1st before you move on

TURN TO YOUR OWN LANGUAGE

Saturday, October 27, 2012

Awas! Minuman 'langkau' punca pendarahan usus

Minuman langkau merupakan handmade alcohol yang paling popular di kalangan penduduk etnik Sarawak terutamanya masyarakat Iban. Ia diperbuat daripada ragi, air, beras dan gula. Menurut sumber yang enggan dikenali, terdapat tauke langkau yang mencampurkan ramuan langkau dengan racun nyamuk untuk menjadikannya lebih ummmppp...! Terdapat juga tambahan ramuan yang terdapat daripada bangkai atau ular
seperti yang ditulis di sini... ianya merupakan sejenis minuman keras yang amat mengerikan.!

Namun dikala pelbagai fakta dan auta tentang minuman keras ini diperkatakan dan juga ketagihan di kalangan masyarakat yang semakin meningkat terhadap minuman keras ini, adakah mereka terfikir akan bahaya atau risikonya terhadap kesihatan? 

Salah satu penyakit yang akan timbul ialah pendarahan usus. Ini kerana kandungan alkohol yang kuat di dalam 'langkau' membolehkannya menghakis dinding usus. Ini kerana sehingga ke hari ini peratusan kandungan alkohol di dalam 'langkau' tidak di ketahui sama sekali. 




Pada mulanya seseorang yang ketagih pada minuman keras ini akan mengadu pedih ulu hati dan juga gastrik. Ini adalah petanda awal hakisan usus sedang berlaku. Lama-kelamaan ia menjadi semakin parah menyebabkan seseorang itu muntah dan juga membuang air besar yang keluar bersama darah. Jika simptom ini berpanjangan, ia boleh menyebabkan anemia (kekurangan darah) dan juga kematian. 


 


Menurut pengalaman saya sendiri yang bertugas sebagai paramedik, kebanyakan pesakit yang mengalami pendarahan usus tidak menafikan mereka memang peminum 'langkau'. Namun sesudah terkena, menyesal tidak berguna!


No comments:

THE BEST ARTICLES YOU MUST READ

Most read news