penting dalam sesebuah hubungan. Ia mampu memupuk kasih sayang dan cinta yang menggunung di antara satu sama lain. Di sini saya ingin berkongsi idea sebenarnya melalui ciuman yang 'tepat' juga boleh merangsang nafsu seks pasangan masing-masing.
1. KEBERSIHAN
Oh ya jangan lupa jaga kebersihan diri kerana itulah yang paling utama! Bayangkan sebelum anda hendak memberikan ciuman yang hangat kepada pasangan namun tiba-tiba anda terhidu bau badan yang hangit, nafas berbau dan kulit muka yang berminyak-minyak. Oh tidak! pasti anda tidak mahu meneruskan aksi tersebut. Jaga kebersihan ya... bayangkan pasangan anda berbau wangi, bersih dan segar, ermmm..pasti menggoda kan!
2. TEMPAT YANG SESUAI
Ya memang anda telah pun diijabkabul secara sah tapi janganlah buat aksi ringan atau berat tersebut di khalayak ramai. Sebagai orang timur tak kira apa bangsa, kita tetap jaga tatasusila. Jaga perangai sikit ya...hadiahkan pasangan anda ciuman pada tempat tertutup terutamanya di dalam kamar sendiri. Lagilah ada privasi...lebih syok kan!
3. EMOSI
Bayangkan pasangan anda baru balik dari kerja yang memenatkan, anda terus terkam si dia untuk bercumbu dan memaksa-maksa untuk bercium. Ah! Silap-silap hari bulan boleh berperang di buatnya, dahlah stress di tempat kerja di rumah pulak pasangan main terkam. Oi tak nak oi! Perhatikan gerak geri pasangan, kalau si dia ok anda bolehlah menciumnya dengan penuh kasih sayang, mulakan ciuman di dahi dan pipi. Walaupun stress ciuman manja anda boleh hilangkan stress si dia. Pasti dia akan melayan permintaan anda yang seterusnya...
4. GHAIRAHKAN DENGAN CIUMAN
Balas ciuman si dia dengan penuh bernafsu... jangan pulak buat macam nak tak nak saja. Kecewa tambah merana lah si dia, tunjukkan keikhlasan anda. Ciuman yang diberikan dengan penuh keikhlasan dan bernafsu pasti menyemarakkan lagi keinginan si dia untuk melakukan aksi selanjutnya.
5. PADA ANGGOTA BADAN YANG LAIN
Ciumlah pasangan anda pada anggota badan yang lain untuk membangkitkan ghairahnya. Mulakan ciuman pada bibir, leher, payudara dan seterusnya alat sulit. Lakukannya dengan penuh kelembutan. Si dia pasti menyerah kepada anda tanpa paksaan, akhirnya si dia berada di dalam kawalan anda sepenuhnya. Nah! Bak kata orang putih, lakukannya 'step by step'. Jangan gopoh gapah ya dong!
6. PERANAN TANGAN
Ketika mencium pasangan anda, anda mestilah pandai bermain tangan. Jangan pula kaku beb! Tak syok la...
Sentuh bahagian sensitif pasangan anda dengan meraba pasangan di bahagian buah dada, alat sulit dan bahagian punggung. Mesti pasangan anda mula berada di awang-awangan... ha tunggu apalagi teruskan penggembaraan anda berdua!
Semoga anda semua bahagia dan sejahtera melayari kehidupan berumah tangga yang penuh ranjau dan duri. Usahakan yang terbaik, kebahagiaan pasti milik anda!
No comments:
Post a Comment