untuk terus
maju dalam perniagaan kosmetik yang dijalankannya. Walaupun tidak mempunyai pendidikan asas tentang perniagaan namun Siti sentiasa berusaha kerana kejayaan seseorang itu terletak pada usaha dan pengorbanan bukan pendidikan semata-semata.
Terbaru, Siti masih menyimpan hasrat untuk mempunyai pusat kecantikan sehenti seperti yang dinyatakannya sebelum ini. Menurut Siti pusat sehenti itu nanti bakal menyediakan perkhidmatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Apa yang pasti, Siti juga mengidamkan untuk mengeluarkan minyak wangi ekslusif dengan jenama Siti Nurhaliza dan produk penjagaan badan sendiri pada suatu hari nanti.
Itu lah impian Siti yang mahu berkongsi segala rahsia kecantikan bersama wanita-wanita di luar sana. Di samping itu pada tahun 2013 nanti, Siti bakal mempromosi produk Simplysiti ke luar negara terutama Indonesia dan Timur Tengah.
Siti juga akan tampil dengan album pop terbaru pada tahun 2013. Untuk album tersebut beliau menulis sebuah lagu khas buat peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya selama ini...
Sumber: Majalah Wanita
No comments:
Post a Comment