Hi everybody! This is my personal blog which selling beautiful scarves, clothes, kurung collection, kebayas, shoes and other collection. Browse around my collection until you find the right one for you. Besides selling product am also sharing news and everything with you so that you will be enjoyed and happy visiting my blog.

Thank you very much and God bless!

Enjoy shopping and happy browsing my dear!

introduction

Informative media brought to you by...CLICK HERE 1st before you move on

TURN TO YOUR OWN LANGUAGE

Wednesday, November 28, 2012

Dato Siti Nurhaliza sumber inspirasi

Sememangnya gaya dan cara berfesyen Dato CT menjadi perhatian khalayak apatah lagi peminat setia Siti yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya anak seni yang berasal dari Pahang ini. Lihat saja gaya tudung separuh Siti sememangnya menjadi perhatian apatah lagi beberapa kali menjadi kontroversi. Namun bagi peminat fanatik yang sangat sayangkan Siti, sesiapapun Siti dia tetap mendapat sokongan dari para peminat
setianya. Malah fesyen bertudung Siti itu nampak ayu dan manis seperti empunya nama Siti Nurhaliza. Malah di pasaran terdapat individu yang menjual tudung dengan menggunakan namanya. Siti sangat beruntung kerana mempunyai jurumekap dan jurufesyen tersendiri, begitulah betuahnya orang kaya dan popular seperti Siti, apa saja yang menjadi kemestian kepadanya semuanya ada. 



Saya sememangnya peminat setia Siti sejak dari umur saya 13 tahun lagi. Hampir semua tentang penyanyi kesayangan saya ini saya tahu dan saya memang tidak mahu ketinggalan apa saja cerita tentangnya. Harapan hati moga suatu hari nanti saya akan bersua muka dengan Dato Siti sendiri. 

Selalunya sesuatu organisasi akan mengadakan 'Anual Dinner' untuk para staffnya. Dan saya mula bingung memikirkan apakah gaya yang bakal saya ketengahkan pada majlis itu nanti memandangkan badan saya telah naik mendadak setelah bekerja sebanyak 20kg, tidak seperti badan saya ketika di artikel ini. Saya cuma memilih untuk mengayakan jubah itupun mesti berwarna gelap untuk mengelirukan pandangan supaya saya tidak nampak terlalu berisi. 

Namun jika saya menggayakan jubah saja tentunya penampilan saya nampak polos maka saya mencipta sendiri turban saya sebagai pelengkap gaya. Cerita turban saya ada di sini. Saya benar-benar tertarik dengan gaya turban Siti yang menampakkan lagi seri si pemakai dan itulah yang telah menjadi inspirasi saya untuk berani menggayakan turban walaupun saya seorang wanita bukan muslim. Semuanya kerana Siti!



Jubah dari koleksi butik Almas





Saya bersama rakan-rakan sekerja


Ini dia orang penting pada malam tersebut, pasangan suami isteri yang sangat sporting yang bertindak selaku pengacara Pertandingan 'Ratu Dunia' dan suaminya yang juga Timbalan Pengarah Hospital Umum Sarawak bertindak sebagai salah seorang pengadil. 

Pada majlis makan malam tersebut pertandingan ratu gimik yang diwakili para staff mewakili beberapa buah negara telah dimenangi ratu dari negara Arab. 




Inilah gaya ratu dari 'Arab' (bukan perasan ya haha tapi keputusan adalah muktamad diadili oleh para pengadil)  nampaknya idea saya telah menarik perhatian juri dan bertuahnya saya menjadikan Siti sebagai sumber inspirasi saya. Apatah lagi menggayakan turban adalah satu idea yang luar biasa untuk non-muslim bukan selebriti seperti saya! 

Namun berfesyen adalah sesuatu yang subjektif dan saya akan terus cuba dan mencuba asalkan kena pada gaya. Antara selebriti Malaysia yang menjadi pujaan saya dalam berfesyen selain Siti juga adalah Rozita CW.
Terima kasih semua! Anda semua adalah pencetus semangat saya untuk menjadi lebih baik dari semalam!

Tentang mekap saya: Saya tak suka guna contact lens sebab buat mata saya tak selesa saja!


No comments:

THE BEST ARTICLES YOU MUST READ

Most read news