Hi everybody! This is my personal blog which selling beautiful scarves, clothes, kurung collection, kebayas, shoes and other collection. Browse around my collection until you find the right one for you. Besides selling product am also sharing news and everything with you so that you will be enjoyed and happy visiting my blog.

Thank you very much and God bless!

Enjoy shopping and happy browsing my dear!

introduction

Informative media brought to you by...CLICK HERE 1st before you move on

TURN TO YOUR OWN LANGUAGE

Wednesday, November 28, 2012

Jahatnya ada tukang fitnah di tempat keja!


Tidak dapat dinafikan bekerja di sesuatu tempat yang teramat sibuk memang memeningkan kepala. Tetapi kalau diturutkan rasa hati memang stress tak sudah-sudah, kadang-kadang boleh keluar air mata kerana terlalu stress dan bingung dengan beban kerja yang menimbun. Tapi diharap kita semua dapat menangani stress dengan baik, biarkan saja stress itu berlalu...

Apatah lagi jika di tempat kerja anda kita berdepan dengan pelbagai karenah manusia. Ada yang depan baik dengan kita di belakang alahai kalah hantu. Ya! Memang stress!!! Dan sudah tentu banyak yang berlagak hendak menjadi bos. Susah oi! Sebabnya ada yang yang berlumba-lumba nak tunjuk baik depan bos then cari salah orang lain untuk tutup aib sendiri!

Alkisahnya petang tadi perkara ini berlaku kepada saya...nak sakit hati tapi hati ini tak pandai nak sakit sangat tapi tuduhan itu agak mengaibkan saya. Sedikit kecewa saya habis waktu kerja saya balik ke rumah untuk berblogging untuk lupakan seketika waktu kerja saya yang terlalu sibuk petang tadi. Saya tahu saya hanya ada rakan blog untuk berkongsi isi hati saya yang merasa pilu difitnah sedemikian.

Sememang tadi kami terlalu sibuk dengan tugas masing-masing, saya masih memeriksa pesakit yang memerlukan pemerhatian rapi, siap dengan dokumen sekali dengan tertera tulisan saya sehingga jam 5:00 petang. Setelah jam 5:30 petang saya meminta izin dengan rakan setugas untuk keluar sementara sehingga jam 6:30. Rakan saya itu pun faham...

Pukul 6:30pm saya keluar dan meneruskan kerja seperti biasa... Tiba-tiba seorang daripada Specialist di situ bertanyakan saya pukul berapakah saya keluar sebentar tadi? Saya jawab yang saya telah keluar pada pukul  
5:30pm dengan sejujurnya. Tapi dia jawab balik kata ada orang komplain saya keluar pukul 4:00pm. Terkejut betul saya tapi saya berlagak tenang, saya katakan yang saya sebenarnya keluar pukul 5:30pm. Malu saya dikatakan sebegitu kerana tidaklah saya tergamak meninggalkan tempat kerja selama 2 jam setengah. Gilakah saya untuk berbuat begitu sedangkan rakan setugas saya tadi bermati-matian dengan suasana yang sangat sibuk.

Kepada si pemfitnah tu cepat-cepatlah bertaubat dan sedar diri. Diri sendiri pun belum tentu lagi sempurna. Kalau benar saya keluar pada pukul 4:00pm seperti yang didakwa, siapakah yang telah menulis dokumentasi  sehingga pukul 5:00pm itu? Hantukah? Atau kami yang berada di golongan bawahan ini hanya sebagai halimunan sahaja sewaktu berkerja??? Bila diperlukan tak nampak tapi bila kami berkerja dengan bersungguh-sungguh usaha kami tiada siapa yang hargai???

Tapi biarlah... Tuhan saja yang tahu. Bagi yang sesuka hati menuduh sesama sendiri, adalah balasannya nanti...





No comments:

THE BEST ARTICLES YOU MUST READ

Most read news