Hi everybody! This is my personal blog which selling beautiful scarves, clothes, kurung collection, kebayas, shoes and other collection. Browse around my collection until you find the right one for you. Besides selling product am also sharing news and everything with you so that you will be enjoyed and happy visiting my blog.

Thank you very much and God bless!

Enjoy shopping and happy browsing my dear!

introduction

Informative media brought to you by...CLICK HERE 1st before you move on

TURN TO YOUR OWN LANGUAGE

Wednesday, May 15, 2013

Melissa Francis penyanyi Iban paling popular di Sarawak


Belum terlambat rasanya hendak mengucapkan tahniah kepada Melissa Francis yang telah memenangi anugerah Artis Wanita Paling Stylo pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lalu. Rasanya beliau merupakan artis Iban paling popular di Sarawak. Tidak dapat dinafikan beliau juga mempunyai kelompok peminat yang tersendiri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, sehinggakan budak sekolah rendah pun begitu menyukai lagu dendangan beliau. 

Thursday, December 20, 2012

Serious! Dato Siti Nurhaliza more beautiful than Miss Universe 2012

Koleksi foto Shila Amzah bertudung cantik bak patung Barbie

Cantiknya Shila Amzah bila dah bertudung. Sungguh manis sekali bak patung Barbie. Tak jemu mata memandang. Memang benar rasanya pabila dah bertudung, aura Shila Amzah semakin terserlah. Rezeki pun tak putus-putus... Jom lihat koleksi foto beliau yang cun melecun bertudung litup!

Saturday, December 1, 2012

Malaysia vs Indonesia menang 2-0 (Piala AFF Suzuki)


Mereka adalah musuh tradisi dan Malaysia tidak harus tunduk kalah kepada mereka. Tapi kedua-dua pasukan menunjukan permainan yang sangat profesional dan semangat kesukanan yang sangat padu. Ini kerana sudah pasti kedua-dua negara mahu membuktikan siapakah yang layak digelar terbaik.  Dua gol dari pasukan Malaysia adalah pada minit ke-26 dan ke-29. 

Dan pujian juga seharusnya diberikan kepada Faizal Marlias penjaga gol Malaysia yang menggantikan Apek yang telah memberi 3 gol kepada Singapura pada perlawanan yang lalu.

Namun kelebihan terletak di tangan Malaysia kerana perlawanan diadakan di gelanggang sendiri. Para penyokong Harimau Malaya nampaknya sangat gembira dengan kejayaan ini. Sorakan penyokong Malaysia merupakan sorakan semangat kepada Harimau Malaysia. Semoga kita terus berada di puncak!!! Go Malaysia go!!!

Malaysia akan mara ke peringkat separuh akhir bertemu Thailand pada 9 Disember nanti. Pastikan kita terus  berdoa dan berdoa akan kejayaan pasukan negara kita. 

Tahniah Harimau Malaya! Buktikan anda semua adalah pasukan yang terbaik pada abad ini.

Wednesday, November 28, 2012

Jahatnya ada tukang fitnah di tempat keja!


Tidak dapat dinafikan bekerja di sesuatu tempat yang teramat sibuk memang memeningkan kepala. Tetapi kalau diturutkan rasa hati memang stress tak sudah-sudah, kadang-kadang boleh keluar air mata kerana terlalu stress dan bingung dengan beban kerja yang menimbun. Tapi diharap kita semua dapat menangani stress dengan baik, biarkan saja stress itu berlalu...

Dato Siti Nurhaliza sumber inspirasi

Sememangnya gaya dan cara berfesyen Dato CT menjadi perhatian khalayak apatah lagi peminat setia Siti yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya anak seni yang berasal dari Pahang ini. Lihat saja gaya tudung separuh Siti sememangnya menjadi perhatian apatah lagi beberapa kali menjadi kontroversi. Namun bagi peminat fanatik yang sangat sayangkan Siti, sesiapapun Siti dia tetap mendapat sokongan dari para peminat

Malaysia menang ke 4-1 ke atas Laos (Piala Suzuki)

Malaysia menang ke atas Laos pada perlawanan sebentar tadi 4-1. Malaysia 4 dan Laos 1. Ini telah menghidupkan semula semangat Harimau Malaysia yang pastinya ingin mengekalkan kejuaraan pada 2 tahun yang lalu. Jika semangat juang yang ditunjukkan oleh Harimau Malaya ini berterusan maka adalah tidak mustahil kejuaraan itu bakal berulang lagi. Dan impian negara untuk menjadi pasukan bolasepak terbaik Asia Tenggara juga pasti menjadi kenyataan.

Friday, November 23, 2012

Kreativiti Gaya Turban

Bingung memikirkan apakah gaya yang akan saya ketengahkan untuk majlis makan malam nanti. Akhirnya saya memilih untuk mengayakan turban. Saya tahu gaya turban adalah pilihan wanita bertudung masa kini. Namun yakinkah saya untuk mengayakannya? Apatah lagi turban lazimnya digunakan oleh wanita muslim. Terdetik di hati saya untuk mencubanya walaupun saya tahu ini gaya yang agak berani untuk seorang wanita bukan muslim seperti saya. 

Sunday, November 18, 2012

Dia bukan milikku


Betapa ku cinta padamu katakanlah kau cinta padaku...andai ku curah rasa hati mungkin kini ku kan tenang di sampingmu....

Saturday, November 17, 2012

Jatuh cinta dengan jejaka persis aktor Bollywood

Falling in love with you... Teringat dengan lirik lagu Dato CT yang top di pasaran. Adakah benar aku telah jatuh cinta? Mengapa hanya dia, bayangan dia semuanya dia dalam anganku juga termimpi-mimpi di dalam tidurku?

Friday, November 16, 2012

Foto Gadis Sarawak yang cantik-cantik belaka

Sangat cantik bila mereka menggunakan pakaian tradisional etnik masing-masing. Jom tengok foto mereka yang cantik manis lagi bergaya!

Ayam penyet-wajib makan jika berkunjung ke Kuching, Sarawak

Musim cuti sekolah ni pasti ada yang meluangkan masa melancong bersama keluarga. Jangan pula lupa datang berkunjung ke Kuching. Ala...negeri kelahiran penyanyi Lelaki Paling Popular tu... Hafiz. Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Kuching, Sarawak pasti masih lagi teringat-ingat akan keenakan masakan Sarawak terutamanya ayam penyet yang begitu popular di negeri ini. Masakan ayam penyet adalah makanan yang menjadi santapan waktu 'lunch' ataupun 'dinner' yang paling fames di sini. Ia merupakan ayam goreng berempah dengan hidangan sambalnya yang pasti membuatkan anda nak lagi, nak lagi! 

Thursday, November 15, 2012

Gambar Britney Spears dengan tunang

Ini adalah tunang dan cinta terbaru Britney Spears, Jason Trawick Mocks. Nampaknya mereka sedang berbahagia dan tidak menolak jika ditakdirkan berkahwin dalam tempoh terdekat. Ini merupakan lelaki ke-4 dalam hidup Britney setelah bercerai dengan Kevin Federline.

Tuesday, November 13, 2012

Modern Jubah

Ingin bergaya tetapi tampil sopan dan anggun? Gayakan Jubah Moden ini untuk pelbagai acara sepanjang tahun. Anda pasti tampil anggun dan bergaya dengan sopan. Koleksi Jubah Moden ini terdapat dalam pelbagai warna dan corak. 

01

Saturday, November 10, 2012

Panas! Bukan artis mirip Maya Karin

Maya Karin, satu nama yang bukan asing lagi. Semua orang nak seperti dia, semua orang impikan kejayaan seperti dia. Mungkinkah dia kini layak digelar primadona filem Melayu? Saya rasa apa salahnya... Sebelum kita kenal siapa orang biasa yang mirip Maya Karin, jom tengok dulu gambar dia masa menang anugerah skrin.

THE BEST ARTICLES YOU MUST READ

Most read news